Isnin, Disember 27, 2010

Karnival Hidayah 2011


Dijemput semua hadir bagi menjayakan Karnival ini.

Hari: Sabtu, 1/1/2011
Jam: 10pg - 5ptg
Tempat: Madrasah Hidayah Seksyen 11, Shah Alam

Pelbagai aktiviti disediakan:
  • Pameran produk halal
  • Gerai jualan
  • Khidmat Pemeriksaan Kesihatan
  • Tayangan video
  • Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim
  • dll

Isnin, Disember 13, 2010

Kuliah Maghrib Minggu Ini

Kuliah Maghrib


Tarikh: Isnin 13/12/2010
Tajuk : Rahsia Kematian
Penceramah : Ustaz Kamal Ashaari

Selasa 14/12/2010
Tajuk : Solat Yang Sempurna
Oleh : Ust Mohammad Abdullah

Rabu 15/12/2010
Tajuk : Asbabun Nuzul
Oleh : Ust Ahmad Mustafa Al-Muqri

Khamis 15/12/2010
Tajuk : Al-Hikam
Oleh : Ust Dr Zulkifli Al-Bakri

Jumaat 17/121/2010
Tajuk : Sirrah Nabawiyah
Oleh : Ust Sallehuddin


Isnin, November 22, 2010

Majlis Korban 1431H

Alhamdulillah, majlis korban 1431H telah selamat dilaksanakan pada hari Sabtu 20hb November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431 baru-baru ini.  Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan oleh jamaah kariah seksyen 11 ini.



















Selamat bersua kembali

Hari ini 22 Nov 2010, genap dua bulan saya tidak aktif dalam blog ini. Bagi pihak Biro Penerangan Madrasah Hidayah, saya selaku admin dalam blog ini memohon maaf atas perkara ini, dan insyaAllah akan diperbaiki kelemahan supaya blog ini kembali aktif.

Saya memohon banyak feedback atau teguran yg membina supaya maklumat dalam blog ini dapat ditambah baik dimasa-masa akan datang.

Rabu, September 22, 2010

Rabu, September 08, 2010

Majlis Khatam Al-Quran 1431 H

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran yang ringkas telah berlangsung pada Isnin 6 Sept 2010, bersamaan 27 Ramadhan 1431H. Lihat gambar2 yg diambil.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Madrasah Hidayah kempen Go Green Ramadhan

Sama-sama kita menyambut kempen ini, selamat kan bumi kita, amanah daripada Allah SWT

Khamis, Ogos 12, 2010

Rabu, Ogos 11, 2010

Ramadhan Kareem 1431H


Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana ditemukan lagi kita dalam bulan Ramadhan Kareem AlMubarak. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sungguh istemewa buat umat nabi Muhammad SAW. Bulan yang Allah telah berjanji pahala yang berganda-ganda kepada setiap hamba yang berpuasa.

Bulan Ramadhan yang diawalnya Rahmah, pertengahannya makghfirah, dan diakhirnya dibebaskan hambanya daripada api neraka. Bagi kita sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa pastinya yakin dengan sesungguhnya akan janji yang Allah berikan ini. Allah swt. menyediakan Ramadhan sebagai bulan penghapusan dosa dan kesalahan kita selama kita menjauhi dosa besar. Nabi saw bersabda: ”Shalat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa di antara (masa itu) jika dijauhi dosa besar”.(H.R. Muslim). Juga sabda Nabi saw: ”Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah Swt), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (Muttafuqun ’alaih)

Oleh itu marilah kita berebut mencari pahala, memohon keampunan, meningkatkan iman dan taqwa dalam diri kita. Lakukanlah ibadah ini dengan bersungguh-sungguh, moga-moga kita semua diberkati oleh Allah swt dengan ketaqwaan yang tinggi dan mulia.

Selamat menyambut Ramadhan 1431H.

1 Ramadhan 1431H
Shah Alam

Sabtu, Ogos 07, 2010

Majlis Gotong Royong

Satu Majlis Gotong Royong akan diadakan pada hari Ahad 8hb Ogos, 2010. Majlis akan bermula jam 9:00 pagi. Tujuan utama gotong royong ini adalah sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu seluruh ahli-ahli kariah Madrasah Hidayah seksyen 11 dan 12 dijemput untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Ahad, Julai 25, 2010

14 Syaaban 1431


Hari ini kita sudah memasuki hari ke 14 bulan Sya'ban dan ini bererti tinggal 15 atau 16 hari lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba.

Rasanya baru kelmarin kita menyambut dan merayakan Aidil Fitri namun bulan Ramadhan telah hampir tiba kembali sebagaimana orang Arab mengatakan "Ramadhan Sudah Di Ambang Pintu".

Cepat rasanya perjalanan masa meskipun setahun tidak pernah kurang dari 12 bulan. Tapi syukur Alhamdulillah kita masih diberikan kesihatan dan terus berharap semoga bulan Ramadhan yang akan menjelang nanti akan dapat kita temui.

Oleh kerana itu kita selalu baca doa sepertimana Rasululullah saw baca ketika masuknya bulan Rajab "Ya Allah berkatilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan Ramadhan".

Walaupun pada pandangan beberapa ulama' hadits, hadits di atas adalah dhaif tetapi tidak ada salahnya bagi kita untuk mengambil pengajaran darinya; iaitu sentiasa berharap kepada Allah untuk diberikan keberkatan dan dipanjangkan umur selalu terutama pada ketika memasuki salah satu bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Oleh kerana Allah yang menggenggam umur kita semua, tidak ada yang mampu memanjangkan dan memendekkan umur manusia kecuali Allah. Tidak ada yang boleh mengatakan bahwa diri saya akan sampai pada bulan Ramadhan pada tahun ini kecuali Allah dan tidak ada juga yang boleh menyangka bahwa dirinya akan sihat sejahtera dan mampu menjalankan ibadah-ibadah pada bulan Ramadhan kecuali semuanya bergantung kepada Allah swt.

Itulah intipati kepada doa di atas.

1. Betapa ramai orang yang sebelumnya sihat walafiat, namun tidak mampu menemui bulan Ramadhan kerana telah dipanggil oleh Yang Maha Kuasa.

2. Betapa ramai orang yang diberikan panjang umur hingga bulan Ramadhan tiba, namun tidak dapat menjalankan ibadah dan aktiviti pada bulan Ramadhan tersebut oleh kerana sakit, keadaan fizikal yang lemah dan lain-lainnya.

3. Betapa ramai orang yang diberikan kesempatan hidup, umur panjang dan kesihatan serta kemampuan namun tidak mendapatkan keberkatan, kebaikan dan ampunan Allah swt seperti yang disebutkan dalam khutbah Nabi saw:

"Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini".

Dalam menyambut kedatangan tamu yang mulia ini, terdapat tiga kelompok manusia yang mempunyai sikap yang berbeza-beza dalam menghadapinya :

PERTAMA : Orang yang menyambutnya dengan sukacita dan gembira kerana mengetahui nilai kemuliaan di bulan ini, maka ia mengisinya tidak hanya dengan berpuasa tetapi juga ditunjangi dengan amal ibadah yang lain.

KEDUA : Orang yang menyambutnya dengan sikap biasa-biasa sahaja dan tetap berpuasa.

KETIGA : Orang yang menyambutnya dengan sikap menyesal bahkan menganggap bulan ini adalah bulan untuk mengekang hawa nafsu yang dianggap akan merugikan dirinya.

Pada kelompok yang pertama, si penyambut tidak akan menyia-nyiakan kehadiran Ramadhan. Ia menganggap Ramadhan sebagai tetamu yang kehadirannya sangat sukar ditemui. Ia pun belum merasa yakin tetamu tersebut akan sentiasa datang mengunjunginya di tahun-tahun yang akan datang. Inilah perbandingan yang ia gunakan dan oleh kerananya ia tidak ingin menyia-nyiakan setiap malam-malamnya. Ia mengerti betul hadist tentang keistimewaan Ramadhan bahwa 10 malam pertama adalah rahmat, 10 malam kedua adalah keampunan dan 10 malam yang terakhir adalah terbebas dari api neraka.

Sementara terhadap kelompok yang kedua, ia tetap berpuasa dan tetap melaksanakan solat sebagaimana hari-hari di luar Ramadhan. Namun, ia tidak menemui apa-apa keistimewaan di dalam bulan ini. Sepulangnya dari aktiviti pekerjaan, ia seperti biasa menonton televisyen sambil menunggu waktu berbuka, kemudian mandi, solat maghrib, makan malam kemudian diteruskan dengan menonton TV atau beristirehat kerana keletihan setelah seharian bekerja. Tidak ada yang istimewa dalam mengharungi bulan tersebut.

Bagi kelompok yang ketiga pula, ia kadang-kadang berpuasa, kadang-kadang tidak. Aktiviti sehariannya lebih banyak digunakan dengan tidur kerana menganggap bulan puasa sebagai bulan istirehat walaupun sesetengahnya tidak berpuasa.

Dari perbandingan terhadap ketiga kelompok di atas tentunya kita dapat menilai diri kita dalam kelompok masing-masing di manakah diri kita berada?

Alangkah bahagianya jika kita berada dalam kelompok pertama yang benar-benar merasakan keistimewaan kehadiran bulan Ramadhan.

Kadang-kadang sebahagian wanita muslimah yang sudah mengetahui keistimewaannya pun sukar untuk mengatur hari-harinya bersama Ramadhan. Aktiviti pekerjaan yang memakan tenaga dan fikiran membuatnya letih dan lemah untuk mengisi malam-malam Ramadhan dengan amalan ruhiyah.

Ketika Ramadhan sudah di ambang pintu, ia bertekad untuk menyambutnya dengan suka cita. Ia bertekad akan mengisinya dengan amalan ruhiyah.

Namun, setelah berlalu satu malam, dua malam dan seterusnya hingga Ramadhan berakhir ia tidak berhasil melaluinya sebagaimana niat di permulaannya. Pekerjaan dan penat menjadi alasan nombor satu yang membuatnya tertidur lelap.

Ini adalah fenomena yang tidak boleh dimungkiri lagi di mana ia menjangkiti hampir setiap diri para wanita muslimah.

Bagaimana dengan kita?

Sudahkah kita berusaha menyambut Ramadhan sebagai tetamu yang istimewa?

Sudahkah kita meletakkan nilai dan keutamaannya dengan keadaan ruhiyah yang khusyu' dan berserah diri?

Adakah kita sudah memohon ampun atas dosa dan kelalaian kita di sebelas bulan yang telah berlalu? Kerana di bulan inilah kesempatan dosa-dosa akan diampuni jika kita tidak yakin di bulan yang lain diampuni.

Menambah keimanan dengan mendekatkan diri kepadaNya dengan bermunajat, bertahajjud atau bertarawih di malam-malamnya tentunya akan terasa perbezaannya kerana pada malam-malam itu malaikat turun mengiringi hamba-hamba yang menegakkan solat.

Oleh kerana itu, sedapat mungkin hindarkan diri dari terlalu kerap menonton televisyen di bulan Ramadhan kerana jika kita melakukannya maka kita akan terseret oleh bahan-bahan cerita yang tidak berkualiti yang disiarkan. Alangkah lebih baiknya jika kita melakukan solat tarawih atau bahkan tidur untuk mempersiapkan tenaga menegakkan solat tahajjud di tengah malam.

Ramadhan adalah bulan :

  1. Latihan untuk menempa diri.
  2. Tidak makan dan tidak minum di siang harinya untuk kebaikan sistem pencernaan tubuh badan kita.
  3. di mana kita 'dipaksa' untuk melakukan aktiviti terbaik dengan istirehatnya tubuh dari makan dan minum.
  4. di mana kita mengaktifkan sel-sel tubuh yang lain, iaitu potensi otak dan hati kita.
  5. di mana kita boleh mendapatkan pahala di mana di bulan-bulan sebelumnya kita belum tentu mendapatkannya.
  6. di mana dengan solat sunat sahaja kita mendapat pahala yang sama ganjarannya dengan solat wajib iaitu dilipatgandakan pahalanya.

Tidakkah kita bersyukur dengan adanya Ramadhan?

Subhanallah, Allah begitu sayang pada kita. Ia menurunkan rahmatNya melalui Ramadhan. Bulan di mana kita berkesempatan meraih pahala, rahmat, hidayah dan ampunanNya.

Jika kita ingin diberi dengan suatu hadiah yang mulia, maka marilah kita muliakan sang tetamu dengan sesuatu yang mulia. Istimewakanlah tetamu ini niscaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Apalagi jika ternyata tanpa kita sedari dan duga, kita tidak akan bertemu lagi di Ramadhan berikutnya.

Kejayaan Ramadhan bergantung kepada seberapa mantap kita mempersiapkan diri.

Persiapan fikiran, fizikal dan ruhiyah insyaAllah akan menjadikan Ramadhan kita berkualiti.

Jangan kita terseret dengan arus putaran waktu hingga dilarutkan dengan pekerjaan harian kita yang tidak pernah habis sehingga tersedar apabila hanya Ramadhan di ambang pintu ataupun mungkin Ramadhan tiba dan pergi tanpa kita sedari.

Ramadhan bulan mulia, bulan suci yang kita umpamakan sebagai tetamu. Bagaimanakah biasanya kita mempersiapkan diri kita untuk menyambut tetamu istimewa yang akan berkunjung ke rumah kita?

Ibarat seorang pegawai tinggi kerajaan dari negara lain yang berkunjung ke negara kita, maka sudah semestinya persiapan diadakan jauh sebelum hari kedatangannya. Mulai dari persiapan sambutan oleh sekelompok pasukan angkatan tentera darat mahupun udara, persiapan acara untuk para tetamu sehingga kepada acara penutupan. Semuanya mesti dipersiapkan dengan baik agar tidak meninggalkan kesan buruk di mata para tetamu.

Ramadhan adalah tetamu agung yang Allah telah memuliakannya di banding bulan-bulan lainnya.

Ayat dan hadist tentang beberapa kemuliaan Ramadhan tentu sudah biasa kita baca dan dengar melalui pembacaan dan ceramah-ceramah agama. Salah satunya adalah hadis berikut :

Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw (pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba) bersabda: "Ramadhan telah datang kepada kamu, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naunganNya kepada kamu. Dia turunkan RahmatNya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan, dan Dia kabulkan doa. Pada bulan itu Allah swt akan melihat kamu berlumba melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kamu, dan perlihatkanlah kebaikan diri kamu kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt". (HR At-Thabarani)

Bulan Ramadhan, bulan yang dilipatgandakan pahala dan bulan diampuninya dosa-dosa. Beribadah sunnah di bulan ini pahalanya sama dengan mengerjakan pahala ibadah wajib.

Kemudian Allah juga memberikan kemuliaan berupa tiga perkara iaitu :

  1. 10 hari pertama adalah rahmat.
  2. 10 hari kedua adalah ampunan.
  3. 10 hari terakhir adalah terbebas dari api neraka.

Di bulan ini juga ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Boleh dikatakan bulan Ramadhan ini adalah bulan murah pahala,

Jadi siapakah yang sanggup menyia-nyiakan bulan penuh rahmat itu?

Oleh kerana itu, kita perlu melakukan persiapan untuk menyambut Ramadhan. Persiapan itu alangkah baiknya dimulai dari bulan Rajab lagi kemudian disusuli dengan bulan Sya'ban sekarang sehingga kita sampai ke Ramadhan yang dimuliakan.

Amalan-amalan yang boleh dilakukan berupa amalan yang bersifat :

  1. Fikriyah (fikiran/wawasan).
  2. Jasadiyah (fizikal).
  3. Ruhiyah (kejiwaan).

Untuk Persiapan Fikiran, kita boleh menggali ilmu dengan membaca buku-buku tentang keutamaan Ramadhan dan buku lainnya yang akan memperluaskan wawasan kita seperti buku-buku sejarah nabi, mukjizat Al Quran dan juga buku tentang fiqh yang membahas tentang tatacara solat dan puasa dan lain-lain. Bagi seorang muslim, fiqh itu sangat penting dipelajari kerana pepatah ada mengatakan : "Amal tanpa ilmu akan sia-sia dan ilmunya amal adalah Fiqh".

Begitu pula, dengan Persiapan Jasadiah/Fizikal, boleh dilakukan dengan banyak mengambil makanan yang berzat seperti buah dan sayur. Tujuannya untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa pembuangan berupa kotoran dan racun dari dalam tubuh atau boleh juga ditambah dengan ubat "suplement" atau juga berbekam bagi membantu proses membuang racun dari dalam tubuh kita sehingga ketika memasuki Ramadhan, keadaan tubuh kita benar-benar dalam keadaan sihat yang akan terhindar dari rasa lemah, letih apalagi sakit.

Manakala untuk Persiapan Ruhiyah/kejiwaan boleh kita lakukan puasa sunnah di bulan Sya'ban atau bagi yang belum melunaskan hutang-hutang puasanya di bulan Ramadhan yang lepas, kesempatan untuk melunaskannya masih ada di bulan Sya'ban ini kerana alangkah baiknya kita mendahulukan amalan wajib dengan melunaskan hutang puasa kita baru selepasnya kita melakukan amalan sunnah.

Dengan melakukan persiapan-persiapan di atas, secara tidak langsung kita akan terbiasa dan tidak canggung lagi untuk menghadapi bulan Ramadhan.

Maknanya fikiran kita, jasad kita dan ruh kita sudah bersedia untuk menghadapi Ramadhan Al Mubarak.

Dengan ketiga-tiga persiapan di atas juga, insyaAllah kita akan mampu menyambut dan `memperlakukan' Ramadhan sebagai "tetamu istimewa" dengan sebaik-baiknya sehingga kita boleh meraih banyak kemuliaan dari Ramadhan dan yang paling penting, seperti yang Allah swt kehendaki bagi orang-orang berpuasa adalah agar kita bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah swt dalam ayat berikut :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa". (QS Al-Baqarah : 183)

Ya Alah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan akan datang dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

Ameen
(Sumber Wan Ahmad, IKRAM Shah Alam)

Jumaat, Julai 23, 2010

Takziah kepada Dato Adi dan keluarganya

Dimaklumkan isteri Dato Adi Azmari (pengerusi Madrasah Hidayah) telah kembali ke Rahmatullah pada petang hari Khamis 22hb Julai 2010 jam 3:30 ptg. Jenazah allahyarmah telah selamat dikebumikan pada pagi Jumaat 23hb Julai 2010.

Dengan rasa sedih, bagi pihak AJK serta seluruh kariah Seksyen 11 dan 12 Shah Alam serta rakan-rakan kenalan, mengucapkan takziah kepada Dato Adi serta keluarganya. Semoga roh allahyarmah diletakkan oleh Allah bersama-sama orang yang beriman dan soleh. Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Al-Fateehah kepada arwah.

Khamis, Julai 22, 2010

Kuliah Subuh bersama Dr Ugi Suharto


Siapa tak kenal Dr Ugi Suharto di kariah kita. Kita semua rindukan ceramah beliau. Ya, beliau kini dalam tempoh bercuti di tanah air, marilah kita ambil kesempatan ini mendengar kuliah subuh yang akan disampaikan oleh beliau.

Tajuk: Tafsir Surah At-Tin

Oleh: Dr Ugi Suharto
(mantan Imam Madrasah Hidayah Seksyen 11)

Tarikh: AHAD 25hb Julai 2010

Masa: Selepas Solat Subuh.

Ceramah Kuliah Maghrib Jumaat 23/7/2010


Ceramah Umum

Tajuk: Israk Mikraj dan Sejarah Baitulmuqaddis

Penceramah: Ustaz Kamaruddin Abdul Hamid (Imam Masjid TUDM Subang)

Tarikh: Jumaat 23/7/2010
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: Dewan solat Madrasah Hidayah Seksyen 11

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Rabu, Julai 21, 2010

Rakan Kariah Madrasah Hidayah


Sudahkah anda menjadai Rakan Kariah Madrasah Hidayah atau RKMH? Apa itu RKMH?

RKMH ialah satu sistem diwujudkan bagi mengumpul no hp dan/atau email setiap ahli kariah di Madrasah Hidayah Seksyen 11, Shah Alam. Dengan ini, adalah diharapkan komunikasi antara Madrasah dengan ahli-ahli kariah akan sampai dengan selamat dan tepat.

Bagaimana nak daftar jadi RKMH?

1. Hantar melalui email, nama, no hp, dan email anda kepada m.hidayah11@yahoo.com
atau
2. SMS nama, no hp, dan email (jika ada) kepada 0192104927

Terima kasih

Logo Baru

Sempena Majlis Israk Mikraj yang lepas, iaitu pada 17 Julai 2010, logo rasmi Madrasah Hidayah Seksyen 11, telah dilancarkan oleh Pengerusi Dato Adi Azmari bersama Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor (angkasawan negara).
Apa pendapat anda mengenai logo ini?

Selasa, Julai 13, 2010

Majlis Israk Mikraj & Karnival Hidayah 2010


Jemput semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyertai majlis ini. Pendaftaran terbuka kepada semua remaja, belia, dan kariah seksyen 11, Shah Alam. Pertanyaan sila hubungi Sdra Nizam (0193129212) atau email kepada: cikgumango@gmail.com

Aturcara Majlis:
7:00 - 8.00 pagi : Pendaftaran Larian Mesra Remaja
8.00 - 8.30 pagi :
Taklimat Larian
10.00 - 12.00 tgh : Pertandingan Mewarna
2:00 - 4:30 ptg : Pertandingan Hafazan dan Azan
7.30 - 8.00 mlm : Solat Magrib dan Pelancaran Kelab Remaja (KRM 11) Oleh Dr Sheikh Muzaffar
8.00 - 10.00 mlm : Ceramah "Israk Mikraj" oleh Dato Dr Sheikh Muzaffar

Bagi sesiapa yang berlapangan boleh teruskan bertaqarrub kepada Allah swt, dengan iktikaf, qiyamullail dan tahajjud pada malam tersebut. Solat tahajjud akan dipimpin oleh Ust Imran Nasoha. Dan diikuti dengan kuliah subuh, selepas solat subuh.

Kuliah Magrib 14-7-2010

Kuliah Magrib pada Rabu 14/7/2010 Usul Hadith oleh Us Helmi A.Rahim d Madrasah Hidayah sek.11 Shah Alam, di jemput semua hadir

Rabu, Julai 07, 2010

Jadual Pengajian Bulan Julai 2010

Jadual bulan Julai ini tertakluk kepada pindaan.

HARI

TARIKH

TARIKH

MAUDHU’ / KITAB

PENCERAMAH




MINGGU

PERTAMA



KHAMIS

01/07

18 REJAB

AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

USTAZ DATO’ MOKHTAR SHAFIE


JUMAAT

02/07

19 REJAB

SIRUS SALIKIN

USTAZ ZULKORNAIN SALLEH


SABTU

03/07

20 REJAB




AHAD

04/07

21 REJAB

FIQH JENAYAH

USTAZ RAFIZAL


ISNIN

05/07

22 REJAB

INSAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG

USTAZ ZAID HAMZAH


SELASA

06/07

23 REJAB

TALAQQI AL-QUR’AN

USTAZ BASRI KHALIL AL HAFIZ


RABU

07/07

24 REJAB

ASBABUN NUZUL

USTAZ AHMAD MUSTAFFA




MINGGU

KEDUA



KHAMIS

08/07

26 REJAB

YAASIN & TAHLIL

IMAM BERTUGAS


JUMAAT

09/07

27 REJAB

AQIDAH ISLAM

USTAZ SIHABUDIN MUHAEMIN


SABTU

10/07

26 REJAB




AHAD

11/07

28 REJAB




ISNIN

12/07

29 REJAB

AQIDATUN NAJIN

USTAZ ABD JALIL A BAKAR


SELASA

13/07

1 SYAABAN

TAFSIR AL MUNIR

USTAZ SAMURI JAAFAR


RABU

14/07

2 SYAABAN

KITAB HADITH

USTAZ HILMI




MINGGU

KETIGA



KHAMIS

15/07

3 SYAABAN

AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

USTAZ DATO’ MOKHTAR SHAFIE


JUMAAT

16/07

4 SYAABAN

TASAWUF

USTAZ KAMARUDDIN ABD HAMID


SABTU

17/07

5 SYAABAN

CERAMAH SEMPENA ISRA’ MIKRAJ

DATO’ SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR

(ANGSAWAN NEGARA)


AHAD

18/07

6 SYAABAN

QIAMULLAIL

KULIAH SUBUH

USTAZ IMRAN NASOHA

USTAZ YUSOF ARBAIN


ISNIN

19/07

7 SYAABAN

170 AMALAN YANG DITERIMA

USTAZ KHAIRUDDIN HAIYON


SELASA

20/07

8 SYAABAN

TALAQQI AL-QUR’AN

USTAZ BASRI KHALIL AL HAFIZ


RABU

21/07

9 SYAABAN

ASBABUN NUZUL

USTAZ AHMAD MUSTAFFA




MINGGU

KEEMPAT



KHAMIS

22/07

10 SYAABAN

YAASIN & TAHLIL

IMAM BERTUGAS


JUMAAT

23/07

11 SYAABAN

SIRAH NABI MUHAMMAD

USTAZ SALEHUDIN NASIR


SABTU

24/07

12 SYAABAN




AHAD

25/07

13 SYAABAN

FIQH DAULAH & JIHAD

USTAZ UDA KASSIM


ISNIN

26/07

14 SYAABAN

AQIDATUN NAJIN

USTAZ ABD JALIL A BAKAR


SELASA

27/07

15 SYAABAN

RAHSIA KEMATIAN

USTAZ KAMAL ASHAARI


RABU

28/07

16 SYAABAN

MADARIJ AL SALIKIN

USTAZ MUHAIMIN SAHAR




MINGGU

KELIMA



KHAMIS

29/07

17 SYAABAN

FIQH MUAMALAT

USTAZ OTHMAN HAMZAH


JUMAAT

30/07

18 SYAABAN

FIQH DAULAH & JIHAD

USTAZ UDA KASSIM


SABTU

31/07

19 SYAABAN

KULIAH SUBUH

USTAZ SHARIR LONG